eman cafe

E-MAN CAFE

E-MAN CAFE PRODUK LONGD2U.COM

JOIN FREE LONGD2U NOW

LONGD2U 10,000 AHLI

LONGD2U PRESENTATION

KHASIAT MADU LEBAH

ADS LONGD2U POWER MLM

Monday, June 14, 2010

KHASIAT KOKO COCOA

Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko.

Kenyataannya, koko merupakan sejenis tanaman pertanian semula jadi. Produk-produk koko pula dihasilkan setelah biji-biji koko melalui proses-proses tertentu tanpa dicampurkan sebarang bahan tambahan.


LEMAK KOKO

Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.

Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Atas


Serbuk Koko

Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Pecahan peratusan bagi zat-zat yang terdapat dalam setiap 100 gram serbuk koko adalah seperti berikut:-



Barangan akhir koko terdiri daripada bahan makanan dan bahan bukan makanan. Walau bagaimanapun, produk-produk koko lebih dikenali dalam bentuk bahan makanan terutamanya coklat dan minuman koko. Kebanyak produk-produk ini seperti minuman koko, coklat dan konfeksioneri dihasilkan melalui campuran produk-produk separa proses koko dengan bahan-bahan lain seperti susu dan gula.

Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi titga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan juga susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan.

Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperolehi daripada barangan berasaskan koko, susu dan gula. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein.

Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.

Rajah: Kandungan khasiat daripada empat jenis coklat (dalam 100 gram)

Angka dalam kurungan mewakili peratus sumbangan kepada RDA (nilai kandungan pemakanan harian yang diperlukan)

Khasiat

Coklat Kosong

Coklat Susu (Kandungan susu tinggi)

Coklat Susu (Kandungan susu rendah)

Coklat Putih

Tenaga

511 kcal (18%) ,2146 kj

514 kcal (18%) ,2159 kj

517 kcal (18%),2171 kj

534 kcal (18%) ,2243 kj

Lemak

32.3 g

29.0 g

29.7 g

30.1 g

Protein

4.1 g (5%)

8.1 g (11%)

6.0 g (8%)

6.4g (9%)

Karbohidrat

51.9 g

56.1 g

57.4 g

60.4 g

Zat Besi

2.3 mg (23%)

0.8 mg (8%)

1.0 mg (10%)

0.1 mg (1%)

Kalsium

29.0 mg (6%)

233.0 mg (47%)

152.0 mg (30%)

210.0 mg (42%)

Tiamina

0.04 mg (3%)

0.09 mg (8%)

0.07 mg (6%)

0.07 mg (6%)

Riboflavin

0.02 mg (1%)

0.3 mg (19%)

0.2 mg (13%)

0.3 mg (19%)

Niasin

0.4 mg (2%)

0.4 mg (2%)

0.3 mg (2%)

0.2 mg (1%)

Vitamin A

22.0 ug (3%)

84.0 ug (11%)

54.0 ug (7%)

39.0 ug (5%)

Sumber: Souci, Fachmann, Kraut. 1986/87. Nutritional Table. 3rd. Ed. WVG, Stuttgart.

Terdapat tiga jenis coklat yang biasa didapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat putih.

- Coklat susu: jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

- Coklat putih: juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungai kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.

- Coklat kosong: pula mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.

Walau bagaimanapun adalah penting untuk para pengguna membezakan coklat tulen dengan coklat kompaun yang banyak terdapat di pasaran. Definasi coklat mengikut Akta Makanan, 1983 dan Peraturan Makanan, 1985 adalah seperti berikut:-

-Coklat tulen adalah coklat yang mengandungi tidak lebih daripada 5% lemak sayuran selain daripada lemak koko'

Sementara coklat untuk tujuan salutan bagi pembuatan biskut atau konfeksioneri atau produk-produk yang bersamaan mesti mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Oleh yang demikian, coklat-coklat yang tidak menepati takrifan yang disebutkan dalam akta berkenaan ialah coklat kompaun atau coklat gantian yang tidak mempunyai nilai pemakanan yang setara dengan coklat tulen. Pengguna-pengguna boleh mengenal pasti perbezaan antara coklat kompuan atau gantian melalui bahan-bahan yang dilabelkan dalam pembungkusan coklat tersebut. Coklat tulen menggunakan lemak koko dan likur koko. Sementara coklat kompaun atau gantian menggunakan lemak gantian yang lain seperti minyak isirung kelapa sawit.


Atas

Minuman Koko

Satu lagi barangan akhir koko yang sangat dikenali dan digemari oleh pengguna-pengguna ialah minuman koko. Minuman koko boleh didapati dalam serbuk koko asli atau serbuk koko dengan ekstrak malt seperti MILO, VICO dan Ovaltine dan minuman pek sedia koko yang biasanya dicampur dengan susu segar. Minuman koko ini juga mengangdungi khasiat-khasiat seperti lemak, protein, vitamin B dan mineral. Nilai pemakanan ini akan bertambah, terutama kandungan protein dan kalsium sekiranya minuman yang disediakan dicampurkan susu.

Sumber: USDA Handbook, 1974, The Ditionary of Sodium, Fats and Cholesterol, New York.


Atas

 

No comments:

Post a Comment

ads3