Madu ialah caira yang keluar dari perut lebah. Cairan ini terhasil daripada ambilan ambilan lebah dari berbagai bunga dan buah buahan. Ianya mempunyai berbagai bagai warna dan rasa . Perkara ini telah dijelaskan oleh ALLAH di dalam AL QURAN tentang madu dengan firmannya yang bermaksud :
' ALLAH mewahyukan kepada lebah , kemudian makanlah daripada setiap macam buah buahan dan tempuhilah jalan jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Keluarlah dari perut lebah itu minumlah madu yang berbagai warna , di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benarbenar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang orang yang berfikir ' An Nahl: 69 .
Warnanya berbagai bagai seperti kuning, kemerahan dan kehitaman malahan ada yang berwarna seperti air biasa. Rasanya juga berbeza seperti manis , manis masam , manis pahit dan lain lain berdasarkan kepada bunga bunga dan buah buahan yang dihinggapi oleh lebah lebah tersebut . Keadaan juga berbeza seperti pekat dan cair berdasarkan kepada cuaca setempat di kawasan tersebut . Terdapat beberapa jenis madu yang biasanya didapati di Malaysia ialah madu tualang, madu gelam da madu kelulut .
MADU TUALANG ialah madu yang diambil dari sarang dibuat pada pokok tualang. Pokok tualang ialah pokok yang sangat tinggi sehingga ada mencapai tinggi bangunan 30 tingkat.
Di pokok tualang ini lebah biasanya membuat sarang yang banyak diantara 60 - 70 sarang .
Lebah tualang ialah lebah yang mempunyai ukuran badan yang paling besar dan terbang jauh dari sarangnya untuk mencari bunga bungaan yang berbagai jenis. Sarangnya pula di diami oleh ratusan ekor lebah setiap sarang .
KANDUNGAN madu mengandungi zat galian yang luar biasa dn amat penting untuk tubuh manusia seperti Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C,D,E, G,H dan K. Ia juga mengandungi klaikoprotein yang berguna untuk perkara :-
1- membentuk organ tubuh
2- membentuk antibiotik sebagai pencegah pelbagai penyakit.
3-Menyusun pelbagai hormon.
Di dalam madu terdapat lebih 70% zat gula tunggal iaitu makanan yang telah siap untuk dihisap, yang mana badan boleh menghisap dengan mudah.
Khasiat Madu -
1- Ibu mengandung
2- Ibu lepas bersalin
3-Kanak-kanak
4-Wanita - menambahkan kejelitaan dan seri
5- Lelaki -menambah tenaga batin
6- Untuk atasi masalah batuk kahak
LONGD2U PRESENTATION
KHASIAT MADU LEBAH
ADS LONGD2U POWER MLM
Monday, June 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment